Thursday, October 22, 2009

Dr Haron: Menukar hukum Allah SWT kesalahan besar

Bersama Dr Haron: Menukar hukum Allah SWT kesalahan besar

Dato' Dr Haron Din
Mon | Jan 14, 08 | 10:25:21 am MYT

SOALAN: Ada ulama mengatakan bahawa pemerintah Islam hari ini, dibolehkan memilih undang-undang selain undang-undang Allah dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia kerana perubahan zaman, boleh membawa perubahan hukum berdasarkan kepada kaedah ilmu fikah yang berbunyi antara lain bahawa 'hukum Islam berubah mengikut perubahan tempat dan masa'. Betulkah pandangan ulama itu? Adakah kaedah fikah tersebut terpakai? Mohon Dato' jelaskan. - MOHD FIRDAUS AHMAD, Bandar Country Homes, Rawang

JAWAPAN:

Permasalahan anda kemukakan ini besar yang melibatkan hukum-hukum Allah.
Saya ingin mengingatkan, jangan sampai kita mempermain-mainkan hukum Allah dengan memberi alasan remeh bagi membolehkan manusia menggunakan alasan agama untuk menolak hukum agama.

Hukum Allah SWT ada dua cabang yang terbesar. Pertamanya, hukum-hukum qat'ie dan keduanya, hukum-hukum yang tidak qat'ie.
Yang qat'ie bermaksud hukum-hukum tetap yang tidak berubah. Yang tidak qat'ie adalah hukum tidak 'rigid' dan boleh berubah.

Yang tidak berubah sabit seperti hukum-hukum kesalahan jenayah dan hudud. Sedangkan hukum-hukum yang sabit dengan ijtihad, ia boleh berubah.
Hukum-hukum haram halal sesuatu pemakanan yang sabit dengan ayat-ayat yang muhkamat, demikian juga dalam minuman serta dalam haram halal bergaul dengan perempuan.
Yang diharamkan dalam perkahwinan seperti yang disebutkan muhramat, yang diharamkan berkahwin selama-lamanya.

Begitu juga haram memakan babi, bangkai, darah, meminum arak dan yang seumpama dengannya, hukum haramnya kekal sampai sehingga bila-bila.
Sebenarnya tidak ada pilihan. Allah juga tidak pernah memberi pilihan dalam melaksanakan hukum-hukum qat'ie, seperti haramnya riba, mencuri atau merompak, berzina dan sebagainya sudah sabit pengharaman dalam al-Quran.
Hukumnya sabit, maka ia tidak lagi menjadi pilihan.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, tidak harus mereka membuat pilihan sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)

Daripada ayat ini dan hadis-hadis Nabi yang sahih, jelas menunjukkan bahawa hukum-hukum Allah tidak boleh dipermain-mainkan.

Adapun kaedah yang disebutkan itu, memang ia suatu kaedah fikah yang termasuk dalam istilah al-qawa'id al-fiqhiyyah.

Kaedah seperti ini tidak boleh dilaksanakan kepada kesemua hukum. Ia dibuat oleh ulama terdahulu, bagi mengkhususkan kepada perkara-perkara penggunaan akal yang disebut sebagai ijtihad.

Ijtihad bererti, ulama mengeluarkan hukum-hukum baru yang diasaskan kepada nas-nas syarak berdasarkan kepada i'llah dan sebab-sebab khusus yang membolehkan hukum baru dikeluarkan.

Hukum-hukum ini adalah hukum akal. Akal manusia berbeza. Seperti berbezanya hukum-hukum ijtihad pada perkara-perkara furui'yyat (perkara cabang) dalam hukum fikah.
Perkara cabang inilah yang memungkinkan ijtihad dan berlaku perubahannya yang mengikuti perubahan zaman.

Namun demikian, bukan kesemua hukum ijtihad boleh berubah mengikut perubahan zaman atau mengikut selera manusia.
Jika ijtihad bertentang dengan hukum asal yang qat'ie dalam al-Quranul Karim, maka ijtihad tersebut tidak boleh dipakai.

Seperti kaedah lain yang disebutkan, ijtihad tidak boleh menyalahi hukum syarak.
Sepatutnya para ulama mencari jalan untuk memudah atau membolehkan hukum Allah dilaksanakan. Bukan mencari justifikasi untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.

Antara sebab bagi manusia hari ini menolak hukum Allah SWT, adalah kerana ingin mempertahankan status-quo yang ada.

Jangan sesekali menyokong pemerintah, dengan tidak memberi perhatian serius daripada akibat penolakan hukum-hukum Allah SWT.

Oleh sebab itu, menukar hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia adalah kesalahan yang amat besar.

Perhalusilah sebaik-baiknya sebarang tindakan kita, bagi mengelak kerugian besar di akhirat nanti. Wallahua'lam. - lanh

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah s.a.w.

Tahun Hijrah: Sejarah dan hubungannya dengan hijrah Rasulullah s.a.w.
Ustaz Zainuddin Hashim

Wed | Jan 09, 08 | 3:36:57 pm MYT

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.
Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


Sebab-sebab berlaku Hijrah

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali."


Hijrah adalah sunnah para anbiya
Hijrah bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa, Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah atau seruan yang dibawa oleh mereka.

Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.
Justeru, para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.

layu tanpa yang menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, dan lain-lain.

Mereka berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai agama perlembagaan negara.

Maka berlakulah penghijrahan golongan ulama’ yang terpaksa meninggalkan negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.

Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan)."

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.

Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah

Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.

Soal Jawab dgn Dato' Harun Din (SJ001)

SJ001: Benarkah Ruh orang yang telah meninggal dunia boleh menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumahnya atau kampung halamannya?

Soalan

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu 'tidur bersama', mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa' - alamul khulud - yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51; yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa 'dia' adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42; yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut,"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut
tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia. Waallahu'alam.

Dr Harun Din Menjawab ( SJ013 )

SJ013: Bolehkah menggunakan Tangkal yang bertulisan ayat-ayat al-quran sebagai pendinding diri?

Soalan

Ada beberapa orang ustaz yang saya tanya mereka tentang penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran yang dipakai untuk berlindung diri daripada kejahatan jin dan manusia, bolehkah saya menggunakannya?


Jawapan

Di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal untuk berlindung adalah amalan umum bagi rata-rata masyarakat jahiliyah.

Rasulullah s.a.w mengharamkan penggunaan tangkal dan menggantikannya dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah, menghindari dari apa yg tidak diingini.

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Seiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya, dia telah melakukan perkara syirik.

Hadis ini hadis umum. Pernah sahabat yang menerima ayat-ayat al-Quran untuk amalan meghindari daripada gangguan, khasnya makhluk halus, telah menulis ayat-ayat itu dikertas untuk digantungkan kepada anak-anak mereka yang belum pandai membaca al-Quran.

Apabila perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda tidak melarang. Oleh demikian maka ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa, kalau tangkal diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.

Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.

Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana 1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar. 2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas 3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. Wallauhu a'lam.

Lilit Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik

Thursday, February 7, 2008

Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut

Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.

SJ019: Pameran Hantu Shah Alam: Mengapa Hantu yang diawet tidak marah?

 

Bersama Dato' Dr Haron Din

Thursday, February 7, 2008

Soalan

Bolehkah Dato' jelaskan, kini masyarakat Malaysia heboh memperkatakan pameran hantu di Shah Alam (Jun hingga Julai 2006) yang berjaya menarikramai pengunjung.

1. Apakah benar yang ditunjukkan itu hantu yang sebenarnya?

2. Bolehkah hantu ditangkap, dibunuh dan diawet sedemikian rupa untuk pameran? Tidakkah hantu-hantu lain akan marah apabila manusia melakukan hal tersebut kepada anggota masyarakat mereka?

Abdul Aziz Jailani
Shah Alam

Jawapan 1

Hantu adalah merujuk kepada istilah yang digunakan dalam masyarakat Melayu yang dipadankan pada istilah syarak syaitan, iblis, jin, ifrit dan sebagainya.

Makhluk halus diciptakan Allah S.W.T daripada 'api yang menyala dengan garang' ertinya makhluk ini dijadikan daripada bahan yang khusus untuk mereka.

Malaikat diciptakan daripada cahaya, manakala manusia dijadikan daripada unsur tanah, yang disebutkan tanah, air, api dan angin.

Makhluk halus ini pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh manusia seperti yang dijelaskan Allah S.W.T dalam al-Quran, (mafhum) firman-Nya :

"Sesungguhnya makhluk-makhluk halus itu dapat melihat kamu sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (Surah al-A'raaf, ayat 27)

Ayat ini merujuk kepada keadaan kejadian makhluk halus yang tidak dapat dipandang dengan mata kasar manusia sedangkan mereka dengan kabilah mereka (makhluk halus) dapat melihat manusia dengan begitu mudah.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa, makhluk halus daripada istilah yang disebut sama ada syaitan, jin, iblis ataupun ifrit mempunyai rupa paras mereka yang asli, bentuk khusus yang Allah S.W.T jadikan mereka.

Bentuk khusus adalah rupa asli yang tidak dapat dilihat manusia. Namun demikian Allah S.W.T yang mengetahui hikmah kejadian makhluk halus ini, mengizinkan kepada mereka pada keadaan tertentu untuk menjelmakan diri mereka menjadi rupa-rupa yang dikenali manusia.

Lazimnya mereka zahir dalam bentuk ular hitam, anjing hitam, burung, kala jengking dan sebagainya.

Berlaku beberapa kejadian sejarah Islam, Allah mengizinkan mereka zahir menyerupai manusia seperti mesyuarat muafakat musyirikan jahilyyah Mekah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w semasa malam hijratul rasul ke Madinah. Syaitan menyerupai Sheikh Najiddi.

Begitu juga dalam satu peperangan, makhluk halus ini menyerupai Suraqah bin Malik.

Dalam hadis sahih Muslim seorang pemuda telah membunuh seekor ular di zaman peperangan Khandak di Madinah, bila ular mati, pemuda yang membunuh ular juga mati. Ketika itu Nabi s.a.w mengatakan itu adalah angkara perbuatan jin yang memeluk Islam tetapi berlaku salah faham kerana pemuda itu menyangka itu adalah ular yang sebenar, sedangnya ianya jin, jin bertindak balas, maka pemuda itu meninggal dunia.

Makhluk halus atau hantu sememangnya wujud, tetapi pameran tersebut adakah ia menggambarkan hantu yang sebenar? Secara peribadi saya tidak pergi melihat pameran tersebut, tetapi melalui laporan akhbar, saya agak hairan bagaimana lembaga-lembaga seperti itu diberi nama jenglot, langsuyar, toyol dan sebagainya.

Dikatakan juga ianya menjadi lembaga yang dapat dilihat, dipegang dan dirasa seolah dalam alam realiti daripada makhluk halus tersebut.

Pada saya sepatutnya sebelum diberi jawapan khusus yang muktamad tentang benarkah itu adalah hantu, perlu kepada beberapa kajian yang lebih lanjut, sama ada melihat DNA makhluk tersebut, organ dalamannya, struktur jasmani yang ada pada mereka, ada darah atau ruh sebelumnya.

Hal-hal ini seperti ini boleh dilakukan secara saintifik (di zaman sains dan teknologi) dengan menggunakan peralatan canggih bagi memastikan lembaga-lembaga yang dipamerkan itu benar-benar hantu atau ia hanya suatu hasil seni yang kreatif terjemahan daripada imiginasi yang biasa wujud dalam masyarakat kita.

Bagi masyarakat Melayu memang disebut makhluk yang dinamakan jenglot (berasal daripada Indonesia) dikatakan umumnya, kununnya makhluk halus, tetapi sebenarnya apabila sudah dapat dilihat secara fizikal, ianya bukan lagi makhluk halus, ia adalah makhluk kasar.

Toyol, hantu raya, pelesit dan langsuyar sebagainya digambar dengan sedemikian rupa.

Oleh demikian hasil terjelma yang dikatakan hantu asli, amat memerlukan pengesahan daripada pakar biologi, saintis, doktor dan mereka yang mahir tentang kajipurba dengan merujuk kepada pandangan ulama yang mahir dalam bidang tersebut.


Jawapan 2

Makhluk halus ada yang tidak boleh dibunuh kerana mereka berumur panjang sampai hati qiamat dan ada yang mati (boleh dibunuh). Hanya Iblis sahaja tidak boleh dibunuh kerana ternyata dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya):

"Iblis telah berkata kepada Allah, 'Wahai Tuhanku. Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Kiamat). Allah berfirman, "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau (termasuk) dari golongan yang diberikan tempoh. Hingga ke hari, waktu yang telah ditentukan." (Surah al-Hijr ayat 36, 37 dan 38)

Ahli-ahli tafsir secara umumnya menyatakan setelah iblis enggan tunduk kepada Allah S.W.T dan dilaknat serta dikeluarkan daripada syurga, mereka berdoa agar Allah memanjangkan umur mereka, maka Allah S.W.T menganugerahkan kepada mereka apa yang mereka minta iaitu berumur panjang sampai kepada hari Kiamat.

Ertinya makhluk yang termasuk dalam suku sakat iblis ini, mereka berumur panjang, dengan lain perkataan mereka tidak mati dan tidak boleh dibunuh.

Adapun selain daripada iblis seperi syaitan, jin dan sebagainya, mereka beranak pinak dan sampai umurnya mati, jelas dinyatakan bahawa mereka boleh dibunuh, khususnya disebut dalam sejarah mereka dibunuh dan mati dalam bentuk penjelmaan ular.

Banyak contoh lain, makhluk ini mati sama seperti makhluk yang dapat dilihat jisim seperti manusia, binatang dan lain-lain.

Meskipun makhluk ini mati, tetapi tidaklah sampai dapat dilihat (selain daripada bentuk penjelmaan).

Adapun dakwaan dibunuh dan diawet untuk menjadi tontotan masyarakat, saya bertawakuf untuk mengesahkan makhluk tersebut adalah hantu kerana penjelmaan sedemikian rupa tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.

Pameran tersebut seolah-olahnya membawa erti bahawa makhluk yang diawet itu merupakan rupa asli makhluk tersebut, kebetulan yang diperlihatkan adalah perkara yang wujud dalam masyarakat.

Kisah awet mengawet ini berlaku dalam alam fizikal, tetapi tidak pernah berlaku manusia boleh mengawet makhluk halus.

Sekiranya berlaku sedemikian rupa kita tidak perlu bertanya sama ada hantu lain akan marah, kerana kalau kita, manusia sendiripun, jika ada orang mati tanpa kerelaan keluarga diawet dan dipertonton sedemikian rupa, kita akan berasa marah.

Lebih-lebih lagi jika makhluk itu ditangkap dan dibunuh untuk diawetkan. Secara logiknya tentulah hantu-hantu lain (makhluk halus) akan marah kerana tabie mereka kezaliman perlu ditentang. Pelaku zalim ke atas mereka perlu mendapat hukuman.

Jika manusia menzalimi makhluk halus, maka memungkinkan mereka boleh menzalimi manusia.

Dalam keadaan manusia tidak menzalimi makhluk haluspun, sering kita dengar mereka menzalimi manusia (merasuk dan sebagainya), inikan pula tanpa sebab munasabah manusia menangkap dan membunuh untuk dijadikan tontonan.

Tetapi oleh kerana soalan yang dinyatakan tadi belum dipastikan kesahihannya, maka tindak balas makhluk halus tidak timbul.

Bagaimana hendak mengatasi saka?

SThursday, February 7, 2008

Dr Harun Din Menjawab

SJ025: Bagaimana hendak mengatasi saka?

Boleh Dato' jelaskan bagaimana hendak mengatasi saka?

Jawapan

Mengatasi saka adalah dengan melakukan amalan-amalan yang boleh memperkukuhkan jati diri muslim agar sentiasa berpegang kepada hukum-hukum Allah, membaca ayat-ayat Allah, khususnya pada surah-surah yang sabit keberkesanannya, di baca malam-malam hari di rumah. Seperti mengamalkan Surah al-Baqarah, Suratul Jin, Surah al-Fussilat, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nass dan zikir-zikir yang ma'thurat. Zikir-zikir ini boleh di dapati dalam berbagai versi percetakan.

Yang pentingnya hati kita mesti sentiasa mengingati Allah. Sama ada zikir dengan lidah, hati atau dengan akal yang sentiasa memikirkan kebesaran Allah S.W.T, semuanya boleh digunakan sebagai cara-cara untuk mengatasi saka.

UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN


EMEL PILIHAN-UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.

Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini http://cbs2chicago.com/topstories/ local_story_193121935.html

Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.

3 pembekal ayam tak sembelih disaman


PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN

20 FEBRUARI 2008 

3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.

“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.

“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.


2) PETIKAN NEW STRATS TIMES


Hypermart sued over non-halal chickens
By : A. Hafiz Yatim


KUALA LUMPUR: A civil servant filed a RM5 million negligence suit against two companies and a hypermarket after discovering two out of three black chickens he bought were not halal.

Zainuddin Md Zin, 55, who is City Hall Culture, Arts, Tourism and Sports department deputy director named Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd and Tesco Stores (M) Sdn Bhd as defendants.

He filed the suit through the firm M.K. Othman and Co at the High Court registry yesterday.

In his statement of claim, Zainuddin alleged he bought the three chickens with the halal logo from Tesco Extra Cheras store about 6pm on Oct 28 last year.

The chicken was produced by Perak Duck and marketed by CKL Marketing.
He claimed that the next day while trying to cook the chicken, he found two chickens did not have their jugular veins and trachea properly severed.

Zainuddin informed CKL Marketing which promised to look into the matter and he decided to keep the chicken in the refrigerator.

On Oct 31, he and his wife met two CKL Marketing officers who verified that the two chickens were not slaughtered according to Islamic rites.

Zainuddin claimed he contacted a Tesco official who said it was the responsibility of the supplier.

Not satisfied, he reported the matter to the Halal Hub division of the Department of Islamic Development Malaysia and an officer verified that the two chickens were not slaughtered according to Islamic rites.

Zainuddin claimed that following his complaints, the Halal Research Division of the Perak Islamic Department conducted a raid on Nov 30, and found that the chickens were not being slaughtered according to Islamic rites.

He claimed that the three defendants were negligent and failed to consider the sensitivities of Muslims.

He is seeking RM1,375.77 in special damages and RM5 million in general, aggravated and exemplary damages.

Zainuddin is also seeking an injunction preventing the defendants from producing, distributing and marketing non-halal products and a public apology to be published in all newspapers.

Korban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

 

ARKIB : 10/12/2007

Mari sertai program amal korban JIM

Oleh: W. RAHIMAH DRAMAN

ANDA tidak tahu ke mana hendak diagihkan hasil korban menjelang musim korban pada 10 hingga 13 Zulhijjah tahun ini?

Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sedia membantu melalui program Rayuan Korban Edul Adha dan Akikah.

Pengarah program, Mohd. Rashid Hasnon berkata, melalui kerja amal itu 95 peratus daripada kutipan dana hasil korban Muslim negara ini akan diagihkan kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan di sekitar Asia.

Beliau berkata, setiap satu bahagian korban dikenakan bayaran RM300 manakala akikah RM500 bagi seekor kambing atau biri-biri.

Sasaran agihan hasil korban JIM kali ini melibatkan umat Islam yang benar-benar memerlukan bantuan di Selatan Thailand, Mindanao di Filipina, Aceh, Meulabih, Jogjakarta dan Sulawesi di Indonesia, Kemboja, Darfur di Sudan, Sri Lanka, Afghanistan dan Palestin.

“Saudara-saudara mualaf juga turut tersenarai sebagai penerima sebahagian daripada 95 peratus agihan kepada umat Islam ‘melarat’ sekitar Asia itu.

“Baki lima peratus lagi akan diagih-agihkan kepada muslim tempatan yang berhak dan benar-benar memerlukannya,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat JIM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Mohd. Rashid, melalui program itu JIM menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara terlibat bagi mendapatkan bekalan ternakan korban, lokasi dan jumlah muslim yang memerlukan bantuan daging korban.

“Kita di sini hanya mengumpul dana korban orang ramai, manakala urusan pembelian dan sembelihan ternakan akan dikendalikan di lokasi yang menjadi sasaran,” jelasnya.

Dengan cara itu, ia bukan sahaja dapat mengembangkan agihan korban kepada yang benar-benar berhak dan memerlukan malah turut membantu mengembangkan ekonomi penduduk Islam setempat melalui jual beli ternakan untuk disembelih.

JIM juga kata Mohd. Rashid, turut membantu NGO tempatan yang lain dengan menyalurkan sebahagian daripada dana korban yang terkumpul kepada golongan sasaran mereka.

“Kerjasama sama seperti ini penting kerana matlamat kita sama iaitu membantu meringankan beban penderitaan umat Islam di serata dunia,” jelasnya.

Ketika program itu mula diperkenalkan JIM pada tahun 1999 lalu, hanya 585 bahagian korban dan akikah berjaya dikumpul untuk agihan ke lima lokasi umat Islam yang memerlukan iaitu di Ambon dan Aceh di Indonesia, Kosovo, Bosnia dan Palestin.

Tahun lalu, sebanyak 1,038 bahagian berjaya dikumpul dan diagihkan kepada umat Islam yang memerlukan di sekitar Asia.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperolehi di Sekretariat Rayuan Korban & Akikah 1428H, JIM di alamat Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-41089669, 41053159 atau melalui faks 03-41071754.

Orang ramai juga boleh layari laman web; www.qurban-aqiqah.jim.org.my atau www.jim.org.my atau e-mel:

ramadhan-qurban@jim.orng.my

Muslim Hyperlink

 

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

http://www.darussyifa.org/

Qurban Aqiqah JIM

PIG FAT replaced by E-Codes on labels

Sumber:http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php

By Dr. M. Amjad Khan


In nearly all the western countries including Europe, the PRIMARY choice for meat is PIG. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, there are more than 42,000 Pig Farms.


PIGS have the highest quantity of FAT in their body than any other animal.Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the FAT from these PIGS go?


All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.


About 60 years ago, these fats were burnt. Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of SOAPS and it worked. Then, a full network was formed and this FAT was chemically Processed, Packed and Marketed, while other manufacturing companies bought it.


In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. so, this ingredient was listed as PIG FAT. Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the ISLAMIC COUNTRIES at that time, which resulted in a trade deficit.


Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 CIVIL WAR. At that time, Rifle Bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the Sea. It took months to reach there and the gun powder in it was ruined due to the exposure to sea. Then, they got the idea of coating the Bullets with fat, which was PIG FAT. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. When the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some Vegetarians, refused to fight. Which eventually lead to the Civil War.


The Europeans recognized these facts, and instead of writing PIG FAT, they started writing ANIMAL FAT. All those living in Europe since 1970's know this fact. When the companies were asked by authorities from the MUSLIM COUNTRIES, what animal fat is it, they were told it was COW and SHEEP Fat. Here again a question raised, if it was COW or SHEEP Fat, still it is HARAAM to MUSLIMS, as these animal were not SLAUGHTERED as per the ISLAMIC LAW. Thus, they were again banned.


Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn BILLIONS OF DOLLARS of Profit from their exports to the MUSLIM WORLD.


Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left in the dark. Thus, they started E-CODES. These E-INGREDIENTS are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to
TOOTH PASTE, SHAVING CREAM CHEWING GUM, CHOCOLATE, SWEETS, BISCUITS, CORN FLAKES, TOFFEES, CANNED FOODS & FRUITS, SOME MEDICATIONS & MULTI-VITAMINS


Since these goods are being used in all MUSLIM Countries indiscriminately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.


So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.


If any products has been listed with these codes please do not buy them since the source of fat is PIG FAT. Therefore, it is good if every Muslims are to remember these codes (and beat those unscrupulous capitalist at their own game).!


E100, E110, E120, E140,
E141 E153, E210, E213,
E214, E216, E234, E252,
E270 E280 E325, E326,
E327 E334 E335, E336
E337 E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435,
E436, E440, E470, E471,
E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635,
E904.

 


Dr.M.Amjad Khan
Medical Research Institute
United States

HALAL KE HARAM

Sumber:http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php 

KESAHIHAN  BERKENAAN PRODUK DAN RESTORAN-RESTORAN DI MALAYSIA. KOMEN DARIPADA JABATAN PENYELIDIKAN PPIM.

 

Assalamualaikum wrt wbt, saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekelian, Di bawah ini, kami siarkan jawapan yang diperolehi daripada LAMAN WEB JAKIM mengenai status halal haram produk dan syarikat-syarikat yang terbabit. Mungkin senarai ini boleh menjadi panduan kasar untuk kita memilih samada untuk terus mengguna / menyokong atau memboikot syarikat-syarikat tersebut. Namun begitu, pada pendapat kami, tanggungjawab mencari yang halal itu adalah terletak ke atas bahu kita sendiri (wajib).

Bahkan kita patut sentiasa berwaspada terhadap apa-apa makanan atau minuman yang dihulurkan kepada kita termasuklah mengetahui apakah sebenarnya status ramuan yang dilabelkan di bawah Pelabelan Kod E.

Kita hendaklah sedar bahawa sebenarnya tujuan pihak kapitalis merancang Pelabelan Ramuan Makanan di bawah Sistem Kod pada sekitar tahun 1800 an adalah sebahagian utamanya untuk mengelirukan Pengguna - khasnya Pengguna Islam. (Sila rujuk kepada pendapat Dr. M Amjad Khan di dalam artikel beliau “Kenapa perkataan “Babi” tidak di label dan diganti dengan Kod E”). Apatah lagi terlalu banyak penambah makanan / komponen yang dikeluarkan dari hari ke hari, dengan pengunaan kaedah bercampur aduk yang sangat meragukan.

Hanya pihak pengeluar ramuan sahaja yang benar-benar mengetahui apakah komponen ramuan yang dicipta. Kita juga patut sedar bahawa 80% pihak kapitalis adalah orang kafir dan kebanyakan mereka merupakan manusia yang tamak dan haloba.

Oleh yang demikian, cara yang paling berkesan untuk membalas perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ialah JANGAN membeli / memakan barang-barang yang meragukan. Kita mesti bersatu, memboikot dan membeli hanya daripada pengusaha-pengusaha Islam sahaja. Kita jangan terbawa-bawa dengan slogan “Malaysia Negara Islam” atau “Malaysia is a Halal Hub”.

Berhati-hatilah membuat pilihan kerana kita adalah apa yang kita makan. Berikut adalah senarai hangat yang diperolehi daripada laman web JAKIM dan telah tersebar luas melalui emel-emel anda.

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik
pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan
halal yang ditetapkan.

2. Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

4. Café : Untuk makluman Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM 7. Confectionery Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

8. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

9. Sosej ayam - Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

10.Berkenaan Mewarnakan rambut : dari segi hukum syarak terbagi kepada

1) Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2) Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3) Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4) Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5) Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient / ramuan pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana, kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persoalan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

Waallahua'lam

Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala

http://nur2dlihat.multiply.com/journal/item/266


Daripada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'anhu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“ Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang–orang yang tertentu sahaja,

2.apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan,

3.zakat dijadikan hutang,

4.suami memperturutkan kehendak isteri,

5.anak derhaka terhadap ibunya,

6.sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya dan

7.dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya,

8.suara sudah ditinggikan di dalam masjid,

9.yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka,

10.seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,

11.khamar (arak) sudah diminum di merata tempat,

12.kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,

13.para artis disanjung-sanjung,

14.muzik banyak dimainkan dan

15.generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain (binatang).

(Hadith riwayat Imam At-Turmuzi)